Ads Top

Pahala Bukan Jaminan Ke Syurga

 
Bismillahirrahmanirrahim..

Benarlah kata-kata alim ulama, untuk masuk ke syurga adalah rahmat Allah. Bukanlah pahala menjadi ukuran. Sebanyak mana pahala kita, kita tetap akan membuat dosa. Pahala itu sentiasa akan dimakan oleh anai-anai dosa. Apabila kita berbuat amal, jangan mengharapkan balasan. Tidak kiralah balasan daripada orang yang kita buat baik itu ataupun apa-apa kebaikan yang telah kita lakukan seperti menderma ke tabung masjid, menolong orang melintas jalan dan sebagainya. Bagi amalan ibadah kita sering dikaitkan dengan balasan ganjaran pahala yang sering kita rebut tanpa mengetahui hikmah disebalik pahala itu sendiri. Memang kita dituntut untuk mengharapkan pahala, tetapi jangan lupa kita perlu juga memohon rahmat dan kesian Allah kepada diri kita.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.

Dikuasakan oleh Blogger.