Ads Top

Bila Kerja Susah Nak Dicari



Baru-baru ini admin rasa banyak pula iklan-iklan yang menawarkan template resume. Itu satu peluang yang sangat berguna kepada mereka yang tak ada idea nak buat resume yang cun melecun sampai bakal majikan terpikat. Silap-silap haribulan boleh jatuh cinta kemudian boleh buat drama tajuk : Kerana Dia adalah Bosku..hehe

Dari zaman admin habis belajar dulu pun, memang ada kenalan-kenalan yang jual template resemu ni. Tapi taklah secantik yang ada sekarang. Siap ada grafik-grafik sikit, warna sikit, memang kalau admin ni majikan memang tertariklah. Tapi satu jer admin tertanya-tanya, yang jual template resume ni sebenarnya kerja apa ya? Kalau buat bisnes jual template sahaja, memang terkenalah pencari-pencari kerja. Itu semua ihtiar, pembina template hanya menunjukkan jalan berdasarkan kepakaran mereka dalam membuat design dan mungkin pengalaman mereka sendiri. Jadi pencari kerja walaupun resume cantik macam mana pun, tapi temuduga tak menonjol pun tak boleh juga. Apa pun rezeki masing -masing sudah ditetapkan. Kita berdoa agar dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Letakkan kepercayaan dan keimanan hanya kepada Allah, bukan kepada anasir (unsur-unsur) lain. Tapi resume yang cantik mungkin adalah bonus untuk dapat markah lebih. 

Selamat mencari kerja dan semoga mendapat pekerjaan yang sesuai dengan diri anda. Zaman sekarang memang mencabar. Lagi mencabar senior veteren kita tetap nak bekerja.

Tiada ulasan:

Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.

Dikuasakan oleh Blogger.