Ads Top

Masa Depan Negara Bukan Ditentukan Bakal-Bakal Pesara


Baru-baru ini admin berpeluang mengikuti dialog berkaitan masa depan pendidikan di negara. Maka terbitlah pelbagai idea dan isu-isu semasa yang dilontarkan. Rentetan daripada tersebut maka admin pun terlibat secara tidak langsung dalam merangka proses kerja berkaitan bagaimana kelas dan persekolah yang sesuai pada masa hadapan. Admin berpandangan:

Untuk pembaharuan pendidikan zaman hadapan, biarlah mereka yang bakal menghadapi dan melalui zaman tersebut merancang apa yang perlu dilakukan. Jika dibiarkan sahaja bakal-bakal pesara yang menentukan masa hadapan cucu-cucu mereka, masa depan anak-anak mereka pula yang akan terabai. Bakal-bakal pesara inipun takkan bertanggungjawab dan takkan dipertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku pada masa itu nanti walaupun merekalah yang mengaturkan semuanya. Akhirnya anak-anak mereka inilah yang menggalas beban yang tidak dapat diubah dek kerana semuanya telah ditetapkan bapa-bapa mereka yang tidak lagi terlibat dalam mengharungi arus cabaran.

Bayangkan sekiranya pegawai kerajaan yang ketika ini bergred 52,54 dan keatas yang juga berumur dalam lingkungan 50an dan menghampiri 60an merancang sesuatu untuk pendidikan masa depan. Rasanya mungkin 1 dalam 50 orang sahaja yang kata-kata mereka masih re4levan dan akalnya masih tajam. Kebanyakannya, bila usia menghampiri umur persaraan, pegawai-pegawai ini sudah selesa dengan kedudukannya, pekerjaannya, gaji yang lumayannya. Usaha mereka untuk berfikir sudah ditahap rendah kerana tidak lagi memikirkan kemungkinan dibuang kerja, kenaikan gaji, sara hidup yang semakin meningkat dan juga untuk mencari harta seperti rumah dan sebagainya.

Biarkan sahaja anak-anak yang berusia 30an yang menghampiri 40an berfikir ke mana hala tuju mereka dan kepentingan mereka pada masa hadapan. Sebagai bapa, perlulah positif apabila ada anak-anak mereka yang berfikir jauh ke depan mengatasi masa 10 tahun ke hadapan ini dan janganlah membantutkan pemikiran mereka. Ini kerana mereka tahu apa yang mereka perlukan untuk diri mereka dan masa depan mereka kelak. Mereka juga memerlukan kerjaya yang kukuh, kewangan yang stabil, dan memiliki sedikit harta.

Bagi admin sendiri, kerjaya kukuh ini sangat perlu. Kalau boleh pelantikan kakitangan kontrak yang digunapakai ketika ini perlu dinaiktaraf kepada pelantikan tetap. Kontrak setahun ke setahun sangat menekan jiwa kepada kakitangan tersebut. Bertambah tertekan sekiranya ada kemungkinan-kemungkinan kontrak disambung atau tidak. Maka pihak-pihak terlibat perlu fikirkan cara untuk melantik secara kontrak 5 tahun sekali ke ataupun lantik secara tetap terus. Apa gunanya percubaan selama 3 tahun yang sedia ada? Selepas 3 tahun barulah disahkan jawatan jika sudah terbukti layak dan memenuhi syarat. 

Dan akhirnya apabila pegawai atasan hanya menghitung hari untuk bersara, maka anak-anak buahnya akan teraniaya. Maaf sekiranya terasa. Tapi ini adalah apa yang dirasakan anak-anak muda. 
Banyak lagi yang nak diluahkan. Tetapi tak dapat diluahkan dengan kata-kata..



Tiada ulasan:

Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.

Dikuasakan oleh Blogger.