Ads Top

Perjuangan VS Politik



Sebelum kita pergi lebih jauh atau mempersoalkan antara perjuangan dan politik mari kita membicarakan definisi "POLITIK" itu terlebih dahulu.


Pengertian Politik adalah suatu proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat dimana wujudnya adalah proses pembuatan keputusan, khususnya dalam negara. Definisi politik juga dapat diertikan sebagai seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan, baik secara konstitusional mahupun non-konstitusional. Pengertian politik secara etimologi adalah daripada bahasa Yunani, iaitu “Polis” yang ertinya adalah Negara Kota.
Boleh google definisi ini:
https://definisimu.blogspot.com/2012/10/definisi-politik.html https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-politik.html

Kita di Malaysia dimomok-momokkan dengan parti politik tertentu sebagai penyelamat atau parti sebenar yang tiada celanya. Oleh itu konsep dan kefahaman yang sering ditanam di dalam kepala masyarakat di Malaysia adalah setiap individu mesti mempunyai pegangan politik atau parti politik. Jika tidak mempunyai pegangan tersebut akan dikatakan sebagai tidak patriotik dan tidak sayangkan negara. Bertambah merumitkan lagi terdapat parti yang menggunakan agama suci Islam sebagai medan politiknya. Sehingga diperkatakan, "Jika tidak mengundi kita tersebut maka orang itu kafir." ada lagi yang berhujah, "Jika pilih parti kita, dia masuk syurga.". 

Setiap kita mempunyai akal fikiran dan bimbingan wahyu Ilahi. Al-Quran dan As-Sunnah perlu diletakkan di atas sekali sebelum membuat pertimbangan akal. Akal manusia sering dinodai nafsu. Hal ini kerana, manusia biasa tidak maksum seperti para Nabi dan Rasul. Walaupun para Nabi dan Rasul maksum sekalipun, mereka sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT setiap masa dan ketika. Kita? Kadang-kadang kita yang berlagak lebih daripada Nabi atau Rasul, kita yakin dan percaya kata-kata kita adalah yang paling betul, sehingga mampu menghukum orang lain masuk syurga atau neraka, kafir atau muslim. Semuanya kerana percanggahan politk yang di "anuti" masing-masing.

Berbalik kepada definisi politik di atas, "Politik" itu sendiri merupakan satu proses untuk mendapatkan kekuasaan. Politik itu sendiri adalah untuk mentadbir negara. Oleh itu, parti-parti politik yang ada merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kekuasaan mentadbir negara. Sebelum ini ada yang mengaitkan politik sebagai permasalahan akidah. Ada juga yang mempersoalkan cara politik dalam Islam, Nabi tidak berpolitik dan lain-lain. Semua itu anda boleh cari sendiri. Banyak bahan dan penerangan boleh google. Baca dan fahamkan, jangan terlalu taksub.

Taksub merupakan satu perkara yang boleh menjadikan manusia berpecah belah dan huru hara. Kini di Malaysia sendiri, bukankan taksub kepada parti tertentu sahaja, malahan kepada golongan agamawan juga masyarakat kita terjebak. Apabila satu pihak mengatakan pihaknya yang betul, mereka mula menyalahkan pihak lain dan akhirnya berlanjutan tidak bertepi masalah menuding dan berbalahan. Masyarakat awam pula menjadi mangsa. Apabila muncul pihak yang mengatakan mereka merupakan ASWAJA, mereka terus menolak pandangan pihak yang lain yang membawa konsep salafi. Mungkin akan dibuat satu artikel lain.


Tiada ulasan:

Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.

Dikuasakan oleh Blogger.