Siapa yang Bijak atau yang Terlebih Bijak
Baca dahulu di sini:
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/11/626669/syed-saddiq-berang-isu-gimnas-terengganu
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/11/626669/syed-saddiq-berang-isu-gimnas-terengganu
Baru-baru ini kerajaan Negeri Terengganu seperti diancam dan dicabar berkenaan hasrat pentadbiran kerajaan negeri untuk melaksanakan garis panduan patuh syariah dalam pelbagai hal. Apa yang didahulukan mungkin berkenaan garis oanduan pematuhan syariah dalam sukan gimnastik dan gimrama. Apa tidaknya, sukan gimnastik dan gimrama sememangnya menjadi sukan yang paling menarik perhatian terutama lelaki apabila atletnya berpakaian yang menjolok mata dan menunjukkan pergerakan yang agak mengghairahkan. Hasrat baik kerajaan negeri terengganu sangat baik. sepatutnya disokong oleh semua pihak. Manakan tidak, Malaysia sendiri merupakan negara Islam, seharusnya mendahulukan syariat Islam dalam semua hal.
Isu-isu berkaitan sukan sepatutnya tidak menjadi isu besar. Jika tidak mampu untuk mematuhi garis panduan syariat Islam, maka eloklah dielakkan melibatan diri dalam isu tersebut. Berkaitan isu pakaian dan pergerakan, gimnas sememangnya sinomin dengan pakaian yang ketat dan gerakan yang mengiurkan. Admin berpendapat, memang elok benar Kerajaan Negeri Terengganu menarik diri daripada menghantar wakil sukan tersebut, sekurang-kurangnya terlepas daripada syubhah. Ini berteoatan dengan parti memerintah negeri iaitu PAS. Langkah berani perlu ditunjukkan agar menunjukkan PAS merupakan parti yang benar0benar memperjuangkan Islam dan tidak gentar dengan ancaman musuh Islam.
Bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula, perlulah bersikap matang, perkara boleh bawa bincang, buat apa nak berang-berang. Sepatutnya KBS perlu memberi sokongan penuh kepada negeri Terengganu untuk menyediakan garis panduan tersebut. Admin yang mendengar berita ini terkejut apabila menteri Muslim seakan-akan tidak menyokong hasrat kerajaan Terengganu ini.
Jadi Siapa yang Bijak dan Siapa Yang Terlebih Bijak?
Tiada ulasan:
Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.