100 Hari dan 10 Janji
6 Julai 2018 : Sudah genap 60 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara. Janji PH sebelum PRU-14 yang lalu untuk menunaikan 10 Janji dalam masa 100 Hari memerintah sedang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja pimpinan dan penyokong parti lawan malah yang tidak mengundi pun sibuk bertanya. Murid sekolah rendah pun mampu untk bertanya tentang janji PH 100 Hari ini.
Sehingga hari ini masih belum ada yang tertunai, pemimpin politik lawan mula bersiap-siaga untuk bangkit di Dewan Rakyat. Dengarnya bukan masalah dalam pembentukan kabinet sahaja yang menjadi isu, beberapa negeri juga bakal akan berubah arah apabila ADUN-ADUN yang menang PRU-14 lalu seperti mahu melompat parti. Ini ekoran parti yang memenangi majoriti masih belum kuat dan boleh dicabar oleh gabungan parti pembangkang ketika ini.
Sekarang ibarat 100 Hari apa yang boleh dibuat dengan 10 Janji...bukan lagi 10 janji akan tertunai dengan 100 hari pemerintahan. Apa pun kita tunggu dan lihat. Masih berbekalkan 40 Hari lagi. HARAPANya Malaysia terus aman dan Islam dapat ditegakkan dan tetap utuh.
Tiada ulasan:
Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.