Ads Top

Insiden Tampar di #TN50 PM DS Najib Razak - Bhg 1


Admin belum lagi kaji dengan teliti isu ini, jadi post ini hanya pemerhatian admin setakat yang admin kaji setakat ini. Ramai netizen yang sentiasa up-to-date dan sentiasa peka dengan isu-isu semasa dalam negara. Sampaikan semut diseberang laut pun rakyat Malaysia tahu, inikan pula gajah yang dalam negara sendiri (admin ubah sikit pepatah).

Admin taknak ulas apa yang menjadi asal usul tampar ni, taknak jugak ulas kenapa dua selebriti ni begini. Admin cuma nak ulas, PM DS Najib Razak perlu sedar dan kaji kerelevenan industri seni di tanah air ini. Insiden ini bukan menunjukkan akhlak yang baik kepada generasi yang akan hidup pada tahun 2050 dan seterusnya. Kembalilah kepada ajaran agama Islam yang benar. Barisan kabinet juga perlu meletakkan keutamaan agama Islam itu di NOMBOR SATU dan perlu sedaya upaya untuk jauhi sikap yang mementingkan diri sendiri. Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli DUN adalah yang dipilih oleh rakyat, maka bekerjalah untuk kemajuan rakyat. Bukannya rakyat perlu menggungkan mereka. Konsep ini perlu ditukar. Mereka yang mendapat pangkat dalam kerajaan berdasarkan undi dipilihanraya perlulah  memulangkan jasa pengundi, bukan menganiaya pengundi ataupun memeras rakyat. Kalau diteruskan begini admin tidak tahu Malaysia akan bertahan sampai bila.

Tiada ulasan:

Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.

Dikuasakan oleh Blogger.