Bakal adakah Perdana Menteri Malaysia Ke-7?
Sebelum ini kita telah diperkenalkan formula Perdana Menteri yang akan membentuk RAHMAN.
Rahman
Abdul Razak
Hussien
Mahathir
Abdullah
Najib
Sekarang ini kita di era PM Najib. Maka tercapailah formula RAHMAN yang diberitahu kita. Jadi agak-agaklah apa pula nama untuk PM ketujuh? Wujudkan ramalan seperti formula sebelum ini?
Ataupun berakhirlah legasi UMNO-BN yang memerintah negara kita. Sudah 60 tahun UMNO-BN memerintah selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Usia 60 tahun itu sebenarnya umur persaraan. Adakah pemerintahan negara bakal beralih tangan selepas pilihanraya 2017 yang bakal berlaku ini? Sama-sama kita doakan agar Malaysia sentiasa aman dan dirahmati Allah S.W.T. Kita doakan juga agar Malaysia dielakkan daripada bala bencana yang tidak diduga.
Ketika ini Tun M sedang runsing memikirkan masa depan negara. Dakwaannya terhadap PM Najib juga bukan sedikit. Tapi jika dinilai kebenarannya, ada juga kebenaran kata-kata Tun M ini. Kita sebagai rakyat Malaysia pada era ini sedang mengalami penurunan kualiti hidup. Pendapatan yang sedikit tapi kos sara hidup yang tinggi. Sama-samalah kita doakan agar mereka-mereka yang mempunyai jawatan tinggi dan kuasa dalam memutuskan masa depan negara sentiasa ikhlas dan telus dalam menjalankan amanahnya. Bak kata Tun M. Sila letak jawatan.
Gagal.
BalasPadamMahd Najib tun razak.