Naik Gaji atau Naik Kadar Elaun?
"Tuntutan Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula
elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu
ini," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri
berkata, beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan
sudah tidak disemak selama 14 tahun.
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber
Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk
dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap
merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini. Turut
hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, timbalannya Datuk Seri
Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda. Ahmad Zahid berkata,
selain itu tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji
Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.
"Saya fikir perdana menteri (Datuk
Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan ini dan apabila tiba masa akan
memenuhi permintaan ini," katanya. Namun, timbalan perdana menteri
berkata, apabila menuntut perlu ada timbal balas iaitu penjawat awam perlu
menunjukkan peningkatan produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan. Katanya,
sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan
mengikut kesesuaian situasi semasa. Terdahulu semasa menyampaikan ucapan
alu-aluan, Azih mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah
baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan
mengekalkan saiz perkhidmatan awam. - Bernama
Sumber:
Ini cerita tahun lepas. Tahun 2017 ini belum lagi kedengaran khabar berita untuk penjawat awam mendapat kenaikan kadar elaun. Apa tidaknya, kadar elaun sebenarnya merangkumi:
1. Imbuhan Tetap Perumahan
i- RM300 bagi Gred 42 ke bawah
ii- RM400 bagi Gred 43 dan 44
iii- RM700 bagi Gred 45 hingga 52
iv- RM900 bagi Gred 53 dan 54
Dan kalau jusa dan ke atas pula..boleh tengok jadual di bawah.
Ini sedikit sahaja coretan. Boleh lawati:
Selaraskan Kadar Kenaikan Gaji Di Antara Penjawat Awam Berpangkat Tinggi Dan Remdah
YB Rafizi Ramli menerusi hujahnya, meminta kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.
Bagi admin, ada benarnya juga hujah beliau. Selama ini gaji pegawai tinggi kerajaan semakin berlipat ganda berbanding gaji pegawai rendah atau pelaksana. Kenaikan gaji bagi Gred 11/14/17/19 sebelum ini hanyalah bermain sekitar RM80 ke RM100. Berbanding dengan kenaikan gaji pegawai kumpulan profesional Gred 41 ke atas. Apatah lagi Gred Khas Jusa mahupun Turus. Ibarat yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Admin hanya komen, hujahnya anda boleh nilai sendiri daripada sumber yang sedia ada.
Kutipan GST menjadi janji kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam. Tapi kalau masih ada rasuah macam mana? Penjawat awam gaji rendah terpaksa membayar GST, tapi pegawai tinggi diberi segala kemudahan. Mungkin sampai tahap segalanya adalah percuma. Sudahlah gaji tinggi, keperluan asas pun diberikan percuma.
Gunakan mata hati untuk menilai. Jangan cepat melatah. Gunakan akal untuk berfikir. Jangan menjadi taksub terhadap sesuatu kumpulan mahupun individu ataupun pemikiran. Yang baik kita ambil yang kurang baik kita tinggalkan, yang tak baik jangan hampiri langsung.
Semoga Pilihanraya 2017 ini menjadi titik tolak kepada perubahan pembangunan negara yang lebih baik. Mana-mana pemimpin ketika ini yang tidak layak, semoga dia tidak akan naik lagi sebagai ADUn mahupun Ahli Parlimen apatah lagi menganggotai barisan kabinet.
Tiada ulasan:
Terima kasih kerana sudi mencoret di sini.